DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

27 November 2007

MANJA OH MANJA...

Ahad yang lalu adalah sesi mandi manda di halaman rumah. Semua kucing kena mandikan. Sebabnya tiga hari yang lalu semua mereka sudah dibubuh drip ubat kutu. Doktor kata selepas dititik ubat kutu itu di tengkuk mereka selama tiga hari, barulah boleh dimandikan.

Kesian Manja, badan dia yang paling banyak kutu. Jadi bila mandi, sesi untuk dia kena lama sikit, bagi shampoo kutu tu meresap masuk dalam bulu dia, kemudian barulah boleh dibilas.


Inilah jenis shampoo kutu yang digunakan untuk kesemua mereka. Shampoo kutu ini daripada jenis herba, agak mahal harganya - RM7.90. sebotol.

Boleh juga kalau nak mandikan di dalam bilik air sahaja. Tapi rasanya elok dimandikan di laman, biar mata dia orang lepas memandang ke luar, tidaklah takut sangat. Lagipun hari tu semua lapan ekor kena mandikan sekali gus. Kalau tak, nanti kutu dia orang menjangkit ke badan yang lain pulak.

Manja meronta-ronta bila dimandikan. Dia memang agresif. Mungkin juga sebab rasa pedih bila badan dia kena shampoo, bekas dia garu-garu sebab gatal digigit kutu. Biasanya bila lepas dimandikan, wah... bukan main menayang bulu dia orang. Masing-masing dok melaram kat tepi pintu, maklum badan wangi dan bulu pulak kembang-kembang ditiup angin!

25 November 2007

KK YANG UNIK

KK ne atau nama asalnya "Datuk Karim" mempunyai satu sifat yang unik. Dia kalau nak minum air pasti akan mula merengek dan 'minta-minta' dengan siapa saja yang ada berdekatannya. Kami dah faham sangat kalau dia mula merengek-rengek. Datang ke dapur dan buka paip air dia pasti melompat untuk meminumnya. Dia jarang minum air dalam bekas yang disediakan.
Ada beberapa kemungkinan sifatnya ini. Pertama, mungkin kerana 'statusnya' yang bergelar dan tidak suka untuk berkongsi walaupun bekas airnya dengan yang lain. Kedua, ada kemungkinan air yang mengalir lebih 'sedap' dan terasa bila di minum. Walau apa pun itu la sifat unik KK yang bagi kami satu keseronokan memiliknya.

GLAMORLAH AKU LEPAS NI...

Photo ini dirakamkan ketika kami sekeluarga sedang sibuk 'setup' blog ini untuk Dunia Kucing Kami, si Kiki sudah tak sabar untuk melihatnya. Mungkin katanya, wooou glamor aku lepas ne, satu dunia boleh tengok aku.
Sifat ingin tahu jelas ada ada pada Kiki dan rakan-rakannya yang lain.

RASANYA TAK LAMA LAGI KAMI AKAN DAPAT 'ORANG BARU'

Ini Comel atau Tompok, adik beradik Belang yang telah lama tiada. (Cerita kematian tragis Belang akan diceritakan kemudian). Sekali pandang tidak ada apa yang peliknya pada tompok tetapi kalau diperhatikan saiz perutnya yang semakin membesar, rasanya (oh..ya lupa, si Tompok ne betina sebenarnya) tak lama lagi kami akan menerima keluarga baru dalam keluarga yang sudah besar ne.

Agak-agaknya berapa pula keluarga baru yang bakal di lahirkan oleh Tompok nanti? Mungkinkah lima ekor macam Datin Saerah? Apapun, kami akan terima seadanya keluarga baru yang bakal datang nanti. Tetapi, saya dah bisik kat Tompok, selepas semuanya selamat dan dia kembali sihat dan normal, dia akan menjalani satu pembedahan kecil untuk... dot... dot... Rasanya Tompok faham apa yang dimaksudkan.

Manakala gambar di atas ni Tompok dengan bantal 'bucuknya'. Ternyata bantal bucuk yang di 'jumpai' oleh isteri saya kat kedai depan rumah menjadi alas tidur si Tompok saban hari. Inilah bantal kesukaan si Tompok tiap kali untuk melelapkan mata... Itulah perangai paling best si Tompok atau Comel bagi kami sekeluarga

KAD RAWATAN ARI DAN KIKI

Sebenarnya Ari patut pergi jumpa doktor pada 1 November yang lalu. Tapi bila kami tengok dia orang berdua macam dah okey sikit, kita orang pun buat-buat tak kisah... dah baik kot... sekarang pun nampak macam tak ada apa-apa - perut Ari tak meragam lagi.


Semasa perut Ari meragam asyik cirit birit, di masa yang sama juga Ari dan Kiki kena cucuk imunisasi - termasuk juga cucuk untuk cacing. Ini bil Ari dan Kiki. Kami ambil pakej yang murah sikit iaitu bayar RM90 untuk tiga kali cucuk - dalam masa tiga hingga enam bulan. Imunisasi ini penting terutama apabila mereka baru bercerai susu dan berubah kepada makanan keras.


Di bawah ini ialah bil mereka berdua ketika visit pada 1 Septermber yang lalu = RM220. Ari dan Kiki demam dua tiga hari selepas kena cucuk hari tu. Muka dia orang monyok je... makan pun tak lalu. Asyik berak cirit saja - merata-rata. Mujurlah sekarang dah okey, dah makin galak pulak!

24 November 2007

KALAU MANJA...SEMUA BOLEH...

Saerah bersama Manja. Sejak kecil Saerah begitu memanjakan Manja berbandingkan dengan anak-anaknya yang lain seperti Es, Kiki dan Ari. Tidak di ketahui punca sebenar tetapi itulah hakikat jelas kenapa Manja lebih besar atau istilah 'bobok' yang digunakan Kak Long terhadap Manja.

Hingga pada beberapa keadaan kami merasa marah terhadap Saerah kerana lebih-lebihkan Manja, terutama sekali time nak nenen. Kalau Manja 'minta' bila-bila masa dan di mana saja Saerah pasti tidak menolak. Berbanding dengan Es, Kiki atau Ari, terdesak sangat saja Saerah benarkan.

Rupa-rupanya sifat kasih sayang, lebih melebih antara anak dan bahagi-bahagikan kasih ini ada pada semua makluk ciptaan Allah swt ini. Tidak hairanlah kalau..Ari dan Kiki jauh lebih comel dari Manja. Namun Es jelas boleh hidup sendiri....

PANAS KOT...

Agaknya mungkin kerana bulunya tebal sangat... Dusty memang suka tidur terkangkang... kadang-kadang malu pulak menengok dia tidur macam tu. Biasanya dia suka duduk dalam bilik yang ada aircond.

Contoh dalam gambar ni, kalau tak dapat masuk bilik yang ada aircond, dapat duduk di luar bilik yang ada aircond pun dah cukup okey bagi dia.

Lihat tu dua budak kampung tu pun joint sama...!

TIMUR DAN BARAT

Mujurlah kucing-kucing ini tidak berkelahi. Mereka, walaupun bukan adik beradik, tetapi hidup rukun dan damai. Contohnya macam Belang dan Tompok, yang asal keturunannya memang kucing kampung, tetapi boleh hidup berbaik-baik dengan anak-anak kucing kacukan Parsi ini.

Bahkah Dusty yang dipanggil Uncle jika dikalangan anak-anak Saerah atau KK, tetap melayan anak-anak angkatnya itu. Diciumnya, dijilat bulu anak-anak kecil itu. Kadang-kadang dia akan mengajak anak-anak itu dekat dengan dia dan memeluknya sambil tidur bersama.

Kelihatan dalam gambar - Dusty melayan anak-anak saudaranya Manja, Es, Kiki dan Ari. Turut sama dalam kejadian `lepak-lepak' di pintu dapur itu ialah Tompok dan Belang.

Tapi ke mana menghilang Datuk Karim dan Datin Saerah?

KK GEMAR MEMBACA

KK atau nama lengkapnya Datuk Karim 'seorang' yang gemar membaca, terutama akhbar. Ini mungkin juga berpunca daripada gelarannya - yang bergelar Datuk. Kucing yang satu ini mempunyai peribadi yang tersendiri. Dia agak steady. Dia ada karisma yang tersendiri menjadikan sikapnya lain daripada yang lain.

Dia juga suka bersendiri. Malah kadang-kadang dia akan duduk bersendirian, jauh daripada kucing-kucing yang lain. Dia bukan membawa diri, tetapi dia tidak suka dengan hirup pikuk. Kelam kabut dengan anak-anak kecilnya.

Kadang-kadang kami kata begini pada dia," KK... tengoklah anak-anak tu... jilat bulu Kiki. Tengok Ari tu... kesian dia..." Tapi KK buat tak tahu saja. Dia pandang, menjeling dan berlalu pergi. Bila sudah agak jauh, dia akan berpaling semula, memandang dari jauh.

Jika kita sedang khusyuk baca suratkhabar atau majalah, barulah dia datang dekat. Dia mahu sama-sama melihat apa yang kita baca atau lihat. Apapun sifat ini agaknya lebih kepada nak lepak-lepas atas paper yang dibaca oleh tuan-tuannya. Itulah sedikit sebanyak karakter KK.

ANAK DATIN SAERAH DAN DATUK KARIM



MANJE
anak sulung Datin Saerah dan Datuk Karim..Walaupun nama dia Manje tp sebenarnye jantan..Saiznye agak besar berbanding adik beradiknye yang lain.


ESKANDAR
satu-satunya anak dia yang berwarna kelabu seperti bapanya,Datuk Karim..dia ni cerdik dan suke usik adik-adiknya lain..pandai buat muka sedih dan keletah..



ARI
kucing ni mempunyai bibir yang merah seakan-akan memakai lipstik..ari memang gemar bergambar..




KIKI
Dia mempunyai saiz badan yang kecil walaupun begitu tenaga dia kuat..di samping itu dia juga kuat meronta dan mengigit..

SALAM KENAL

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami.

INILAH MEREKA


DUSTY
Kami tak tahu berapa usia kucing jantan ini. Rasanya dialah yang paling tua dalam keluarga ini. Bulunya kelabu gelap, sebab itulah dipanggil Dusty. Dia pandai mengambil hati kami dan faham cakap. Dusty sudah di`kasi;.

DATUK K
Kenapa dipanggil Datuk K? Sebabnya mama hendak abadikan watak Datuk Karim dalam novel mama, SUITE 1908. Datuk K ini agak agresif. Dia semakin gemuk akhir-akhir ini sejak kena `kasi'.
DATIN SAERAH
Ini ialah Datin Saerah, isteri Datuk Karim. Mereka mempunyai lima orang anak (satu meninggal sejak kecil). Datin Saerah ini agak pendiam, tapi manja.

ARWAH BELANG
Belang ini dikutip oleh adik bongsu, Anas Suhaimi dari sekolahnya. Waktu itu Belang dan Tompok (gambar bawah) masih kecil - belum buka mata lagi. Dia kutip dari kantin sekolahnya pada waktu rehat dan simpan dalam beg sekolahnya.
TOMPOK
Ini adalah adik beardik Belang yang ditemui di kantin sekolah. Kini Tompok rasa-rasanya sedang mengandung... anaks sulung! Kami namakan dia Tompok kerana warna bulunya bertompok-tompok.