DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

24 November 2007

KK GEMAR MEMBACA

KK atau nama lengkapnya Datuk Karim 'seorang' yang gemar membaca, terutama akhbar. Ini mungkin juga berpunca daripada gelarannya - yang bergelar Datuk. Kucing yang satu ini mempunyai peribadi yang tersendiri. Dia agak steady. Dia ada karisma yang tersendiri menjadikan sikapnya lain daripada yang lain.

Dia juga suka bersendiri. Malah kadang-kadang dia akan duduk bersendirian, jauh daripada kucing-kucing yang lain. Dia bukan membawa diri, tetapi dia tidak suka dengan hirup pikuk. Kelam kabut dengan anak-anak kecilnya.

Kadang-kadang kami kata begini pada dia," KK... tengoklah anak-anak tu... jilat bulu Kiki. Tengok Ari tu... kesian dia..." Tapi KK buat tak tahu saja. Dia pandang, menjeling dan berlalu pergi. Bila sudah agak jauh, dia akan berpaling semula, memandang dari jauh.

Jika kita sedang khusyuk baca suratkhabar atau majalah, barulah dia datang dekat. Dia mahu sama-sama melihat apa yang kita baca atau lihat. Apapun sifat ini agaknya lebih kepada nak lepak-lepas atas paper yang dibaca oleh tuan-tuannya. Itulah sedikit sebanyak karakter KK.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home