Kami tak tahu berapa
usia kucing jantan ini.
Rasanya dialah yang
paling tua dalam keluarga ini.
Sewaktu kami mengambilnya
dari rumah seorang
kawan di Janda Baik,
Pahang, dia memang
dah nampak berumur.
Bulunya kelabu gelap,
sebab itulah dipanggil Dusty.
Dia pandai mengambil
hati Mama dan faham cakap.
Dusty sudah di`kasi'.
DATUK KARIM (DATUK K)
Kenapa dipanggil
Datuk K? Sebabnya
mama hendak abadikan
watak Datuk Karim
dalam novel mama
yang berjudul
SUITE 1908.
Datuk K ini
agak agresif.
Dia semakin
gemuk akhir-akhir ini
sejak kena `kasi'.
DATIN SAERAH
Ini ialah Datin Saerah,
isteri Datuk Karim.
Datin Saerah ialah watak
utama dalam novel
SUITE 1908
Mereka mempunyai
lima orang anak
(satu meninggal
sejak seminggu lepas lahir.
Datin Saerah ini
agak pendiam, tapi manja.
Dia ni `Ratu' hati abah.
Sampai membuatkan Mama
cemburu pada Saerah.
ARWAH BELANG
Belang ini dikutip
oleh adik bongsu,
Anas Suhaimi
dari sekolahnya.
Waktu itu
Belang dan Tompok
belum buka mata lagi.
Dia kutip dari
kantin sekolahnya
pada waktu rehat
dan simpan
dalam beg
sekolahnya hingga
waktu habis kelas.
TOMPOK
Ini adalah adik
beradik Belang yang
ditemui di
kantin sekolah.
Kini Tompok
rasa-rasanya
sedang
mengandung...
anaks sulung!
Kami namakan
dia Tompok kerana
warna bulunya
bertompok-tompok.
ANAK-ANAK KESAYANGAN
DATIN SAERAH &
DATUK KARIM
MANJA (ANJA)
Ini anak sulung
Datin Saerah dan
Datuk Karim.
Walaupun nama dia
Manja tapi sebenarnya
jantan. Saiznya
agak besar berbanding
adik beradik yang lain.
ESKANDAR (ES)
Satu-satunya anak
mereka yang
berwarna kelabu
seperti bapanya,
Datuk Karim.
Dia ini cerdik
dan suka
usik adik-adiknya
lain.
Pandai buat muka
sedih dan kelakar.
Jantan ni suka duduk
dalam bilik orang perempuan
Kak Long suka sangat
bawak dia masuk bilik
ARI
Kucing comel ini
mempunyai
bibir yang merah
seakan-akan
memakai lipstik.
Ari memang manja.
Dia gemar
bergambar.
Macam-macam gaya dia buat...
KIKI
Dia mempunyai saiz
badan yang kecil
berbanding dengan
adik beradik lain.
Walaupun begitu
tenaga dia kuat.
Disamping itu
dia juga kuat
meronta dan
mengigit.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home