INILAH MEREKA
DUSTY
Kami tak tahu berapa usia kucing jantan ini. Rasanya dialah yang paling tua dalam keluarga ini. Bulunya kelabu gelap, sebab itulah dipanggil Dusty. Dia pandai mengambil hati kami dan faham cakap. Dusty sudah di`kasi;.
Kami tak tahu berapa usia kucing jantan ini. Rasanya dialah yang paling tua dalam keluarga ini. Bulunya kelabu gelap, sebab itulah dipanggil Dusty. Dia pandai mengambil hati kami dan faham cakap. Dusty sudah di`kasi;.
DATUK K
Kenapa dipanggil Datuk K? Sebabnya mama hendak abadikan watak Datuk Karim dalam novel mama, SUITE 1908. Datuk K ini agak agresif. Dia semakin gemuk akhir-akhir ini sejak kena `kasi'.
DATIN SAERAH
Ini ialah Datin Saerah, isteri Datuk Karim. Mereka mempunyai lima orang anak (satu meninggal sejak kecil). Datin Saerah ini agak pendiam, tapi manja.
ARWAH BELANG
Belang ini dikutip oleh adik bongsu, Anas Suhaimi dari sekolahnya. Waktu itu Belang dan Tompok (gambar bawah) masih kecil - belum buka mata lagi. Dia kutip dari kantin sekolahnya pada waktu rehat dan simpan dalam beg sekolahnya.
TOMPOK
Ini adalah adik beardik Belang yang ditemui di kantin sekolah. Kini Tompok rasa-rasanya sedang mengandung... anaks sulung! Kami namakan dia Tompok kerana warna bulunya bertompok-tompok.
8 Comments:
At June 8, 2008 at 9:28 PM , Aida Rahayu said...
Saya juga seorang pencinta kucing. Satu satunya cinta hati saya "DIGIT" rupannya persis Datuk Karim :-)
Gembira dan tumpang bahagia melihat keluarga anas suhaimi begitu menyayangi dan melindungi kesemua keluarga angkatnya tanpa mengira jenis dan rupa. Semoga Keluarga Anas Suhaimi menjadi contoh kepada bakal pencinta kucing yang lain di bumi Allah ini.
AydaAyu (Pahang)
At November 30, 2008 at 12:39 AM , molliesa said...
wah..sangat hebat! saya pun peminat n penyayang kucing (boleh ke?)..baru dapat lesen bela kucing dr mak yg sememangnye kaki kucing..now ade 5 kucing, comel(mak kucing),ciki, sibon,botak dan panther..hehe..now dorg sakit mata..sedeyh..huhu..sila beri tunjuk ajar..:)
At March 13, 2009 at 3:05 PM , Kak Zai said...
Semoga kucing-kucing peliharaan keluarga Anas Suhaimi sihat selalu.
Kak zai juga salah seorang pencinta kucing.Bagi kak zai kucing merupakan binatang yg sangat manja dan comel.
untuk kucing kesayanganku Silver,Kitty & Kimmy yg telah tiada..kamu semua sentiasa dalam ingatanku selamanya.
At April 6, 2009 at 4:27 PM , Ruby said...
Bestnya ada kucing....
Saya pun suka kucing. Tapi mcm payah aje nak jaga. Kena mandikan, bg makan, pastu berak kencing lagi...
Mmg kena ada komitmen nak jaga kucing nih.
At August 28, 2009 at 3:17 PM , black october said...
akum hai adik anas.takde post terbaru ke?saya juga peminat kucing tapi bila baca tentang iskandar airmata saya terus laju mengalir.tak tau lah kenapa.mungkin sifat saya yg cepat terasa.apapun keep up your good wrk.satu usaha murni dlm menyelamatkan kucing dari terbiar.insyallah iskandar walaupun telah tiada,namun dia akan mendoakan anas sekeluarga.
At October 15, 2009 at 12:11 PM , white^DOVE said...
hello..hi..saya juga seorang yg teramat sukakan kucing..terhibur dgn blog 'dunia kucing2 kami"...
esther (sabah)
At December 11, 2009 at 8:35 PM , Anonymous said...
Salam..
Saya sangat sayangkan kucing. sejak berkahwin 7 bulan lalu dan masih belum ada rezeki mendapat zuriat, kesepian sering mengganggu. lebih-lebih lagi suami pula sering pulang lewat malam dan kami pula tingggal berjauhan dengan ibu bapa masing-masing. saya sering teringatkan Mahmud, satu-satunya kucing peliharaan di rumah ibu saya. Mahmud persis datuk k. sudah lebih 2 tahun dia dipelihara oleh ibu bapa saya. namun, sejak mendapat berita dia disahkan menghidap batu karang, saya sering menangis. dia tak boleh makan, minum, buang air besar dan kecil juga susah tidur. pada awalnya, dia hanya mendapat jangkitan cacing tapi kini keadaannya semakin teruk. badannya berbau busuk kerana dia sering terkincit. ingatan saya kepadanya tak pernah putus.. keletah manjanya, suara jantannya yang sering mengejutkan kami di waktu pagi untuk menunaikan solat subuh dan sifatnya yang saling memahami keadaan keluarga semakin membuat saya tak sabar untuk pulang ke rumah ibu hujung minggu ini kerana ingin Mahmud menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.. doakan kesihatan kucing saya, Mahmud.. budinya terlalu banyak buat kami sekeluarga.
Nasriza, Johor Bahru.
At May 24, 2011 at 11:06 PM , g_hah said...
di 'kasi' ? kasi ape???
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home