DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

24 November 2007

KALAU MANJA...SEMUA BOLEH...

Saerah bersama Manja. Sejak kecil Saerah begitu memanjakan Manja berbandingkan dengan anak-anaknya yang lain seperti Es, Kiki dan Ari. Tidak di ketahui punca sebenar tetapi itulah hakikat jelas kenapa Manja lebih besar atau istilah 'bobok' yang digunakan Kak Long terhadap Manja.

Hingga pada beberapa keadaan kami merasa marah terhadap Saerah kerana lebih-lebihkan Manja, terutama sekali time nak nenen. Kalau Manja 'minta' bila-bila masa dan di mana saja Saerah pasti tidak menolak. Berbanding dengan Es, Kiki atau Ari, terdesak sangat saja Saerah benarkan.

Rupa-rupanya sifat kasih sayang, lebih melebih antara anak dan bahagi-bahagikan kasih ini ada pada semua makluk ciptaan Allah swt ini. Tidak hairanlah kalau..Ari dan Kiki jauh lebih comel dari Manja. Namun Es jelas boleh hidup sendiri....

3 Comments:

  • At March 17, 2008 at 12:08 PM , Anonymous Anonymous said...

    geram la tgk diorang ni... gemok + comel sgt2..!

     
  • At March 22, 2008 at 1:05 PM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Kalau makan dan minum dia ok, alhamdulillah pertumbuhan badan dia org okey. Lagi satu kalau sakit jangan betangguh, kena cepat ke doktor. Bila dah ramai, kalau satu selesema, cepat je menjangkit dengan yang lain.

     
  • At April 11, 2008 at 1:38 PM , Blogger iyra said...

    sy nk tanye..
    kalo anak kucing mengalami pendarahan hidung..nk buat cmner erk...?
    ader tak ubat untuk kes cmtu..?
    anggaran rawatan brape erk..?

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home