DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

20 January 2008

SEDAP KE AIR YANG MAMA BUAT TU ARI..?

Suatu petang di meja makan... si Ari telah mencuba minuman baru... teh O ais yang Mama buat. Manakala si Manja pada awalnya hanya melihat saja...

"Sedap ke Ari teh O ais tu... minta sikit." Mungkin itu yang cuba dibisikkan oleh si Manja setelah melihat Ari begitu bernafsu menyedut teh O ais yang memang ada di atas meja..

Sedap... kalau tidak tak kan aku sedut benda ni, siap ada limau lagi." Kata Ari. Kata Manja, "minta la sikit..."

Kerana sifat si adik, Ari mengalah dan memberi peluang kepada Manja pula merasa sedapnya teh O ais limau yang mama buat tu. Ah.. apa lagi Si Manja pun tak melepas peluanglah.

Bila Manja dah dapat, Si Ari hanya memandang menunggu giliran. Manja terus menyedut menikmati rasa sedap teh O ais limau yang Mama buatkan untuk Abah...

Ari Vs Comel

video

ADA KE TAK NAMA AKU DALAM SENARAI CALON PILIHANRAYA TAHUN NI......

Datuk Karim termenung pada suatu malam...

Dia tertanya-tanya pasal pilihanraya umum yang bakal berlangsung

Apa lagi yang belum Datuk Karim buat di kawasan pilihanrayanya?

Ish... janganlah gambar aksi terlampau ini sampai ke tangan pengundi... harus juga Datuk Karim kena letak jawatan.

Oh... jangan pulak sampai hilang wang pertaruhan... malu!

Bukan saja kerusi pilihanraya tu panas... rupa-rupanya kerusi CEO ini pun panas. Anytime Datuk Karim kena turun dari kerusi ini bila Abah nak duduk buat kerja. Huwaa....!

p/s: Ah kena turun dari kerusi ni pun tak apa... kerusi ni pun dah koyak...!

MARI KITA TENGOK, SIAPA YANG KENA...


19 January 2008

TOMPOK DAN ANAK-ANAKNYA...



Inilah wajah terbaru Comel @ Tompok bersama anak-anaknya. Dia selamat melahirkan anak-anaknya pada 11 January (Jumaat) bersamaan 2 Muharam. Ada tiga ekor kesemuanya, namun jantinanya belum dapat kami pastikan lagi. Sayang sungguh comel pada anak-anaknya walaupun dia dianggap 'ibu muda' kerana ini kali pertama melahirkan anak. Keluarga kami bertambah tiga lagi. Ramai tu... tapi kami sekeluarga gembira dengan kedatangan 'anak-anak angkat' ini.
Sekadar ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu dengan pembaca di luar sana tentang apa yang kami sekeluarga tempuh dan alami sejak mempunyai 11 anak-anak angkat ini:
Pertama, agak sukar untuk meninggalkan rumah lebih dari 20 jam. Maknanya, dah setahun kami sekeluarga tak 'out-station'. Sahlah, dah setahun le tak bercuti. Macam mana nak bercuti, tak sampai hati nak tinggalkan mereka semua di rumah lebih dari 20 jam tanpa ada yang menjaga. Walaupun ada 'hostel' yang menyediakan khidmat penginapan untuk mereka, rasanya tak sampai hati nak tinggalkan mereka bercampur gaul dengan kucing lain di sana.
Kedua, sudah wujud rindu pada rumah bila berada di luar. Samada ketika di pejabat atau ada ketemu teman di luar. Apa tak rindunya, pulang saja dari pejabat sudah ada yang menunggu di muka pintu. Bunyi engin kereta ataupun bunyi alarm/bell pintu pagar saja, sudah ada yang berlari menunggu di muka pintu.
Ada banyak lagi kesan hadirnya mereka dalam keluarga kami. Insyaallah, akan saya catitkan di sini di lain kesempatan. Apapun sebenarnya tidak ada bezanya antara kita dan mereka, hinggakan ke hari ini kami sekeluarga agak janggal untuk memanggil mereka dengan panggilan 'binatang'. Ada hadir rasa bersalah bila 'orang' yang kita sering bermesra mahu dipanggil binatang... sedangkan mereka memang layak untuk panggilan itu.
Contohnya kami akan kata:
- Es. janganlah makan sorang-sorang ya, sharelah dengan adik awak tu dia orang pun lapar...
- Manja... jangan usik adik, kesian Ari tengah tidur...
- Dusty makan dulu ya, lepas makan kita mandi
Apa yang berlaku kami sekeluarga mem'bahasakan' diri kami semua dengan mereka sama seperti panggilan dari anak-anak. Anak-anak juga begitu, menyebut diri mereka Kak Long, Amie dan Anas bila memanggil mereka semua. Kalaulah kita semua manusia seperti mereka sudah tentu tidak ada kes yang menimpa Adik Nurin dan Adik Sharlinie...
p/s - Comel dan arwah Belang sebesar anak-anak Comel itulah waktu Amie bawa balik dari kantin sekolahnya (belum buka mata). Sekarang ini Comel dan anak-anaknya duduk dalam sangkar yang sama waktu Comel kecil dulu. Cuma dulu Comel dan Belang kami bagi dia orang hisap susu baby dalam botol susu sebab tak ada emak. Sekarang ini Comel susukan sendiri anak-anaknya...

12 January 2008

TOMPOK DAH JADI IBU...!



Tengahari tadi ketika Kak Long sibuk-sibuk bersiap hendak pergi kerja, si Tompok dok mengikut kaki Kak Long ke depan, ke belakang. Kak Long ke atas dia ikut. Kak Long turun pun dia ikut turun.

Mulutnya bising mengiau-ngiau. Kak Long dah agak, mesti Tompok dah nak beranak. Dia masukkan Tompok dalam kotak yang memang sudah disiapkan untuk Tompok beranak. Tompok masuk dan dok mengerang, macam sakit. Kuat suaranya, lamalah jugak dia macam tu. Kemudian dia keluar dari kotak tu. Lepas tu dia masuk balik. Tak tentu arah sahaja gayanya menahan sakit agaknya. Tidak lama kemudian kira-kira setengah jam nak masuk waktu sembahyang Jumaat, abah nampak anak Tompok dah mula keluar... ya dah keluar seekor!

Masa tu Amie baru turun dari bas sekolah Uncle Ajit dan dia menjerit germbira bila diberitahu Tompok dah beranak. Soalan pertama Amie: "Ada tak macam bulu arwah Belang?" Soalnya, tak sabar-sabar. Abah kata pergi tengok sendiri.

Anak kedua dan ketiga Tompok keluar dalam anggaran masa setengah jam selepas itu... lega! Memang ini hadiah / rezeki tahun baru Maal Hijrah dalam keluarga kami. Semgoa rezeki kami di tahun 2008 ini akan melimpah ruah, seisi keluarga sihat walafiat dan sukses selalu.

* Gambar-gambar Tompok dengan tiga ekor anak-anaknya nanti abah tolong upload kemudian ya...

06 January 2008

BILA DATUK KARIM SAKIT PERUT

Ish, Datuk Karim sakit perutlah pulak... Dia cirit birit. Habis bulu pada kakinya terkena najisnya. Kadang-kadang dua tiga kali dia masuk dalam bekas membuangnya dan mengais-ngais pasir tu tapi tak jadi. Dia keluar balik, kemudian masuk balik. Duduklah dia mencangkung, kadang-kadang bunyi macam kentut, perut dia tak sedap... najisnya cair saja.


Abah pening kepala, sebab bila Datuk K keluar masuk dari tempat membuang tu, habis pasir berterabur, asyik mama kena sapu pasir-pasir tu masukkan balik dalam bekasnya. Jadi dalam pukul enam petang kita orang bawak Datuk Karim pergi klinik haiwan di Seksyen 13. Doktornya hensem - soft/lembut sikit.

Soalan doktor: Dia minum air mentah ya?
Jawapan: Memang pun... bukan ke dia suka minum direct dari kepala paip?

Jadi doktor kata ada 3 sebab dia sakit perut:
1. Klorin air paip tu tinggi - perut dia tak tahan.
2. Jangkitan virus dalam usus perut.
3. Ada cacing dalam perut.

Doktor cadangkan:
1. Bsgi dia minum air masak putih.
2. Malam nanti kurung dia, jangan bagi dia makan - biar dia lapar.
3. Esok rebus isi ayam, jangan taruh garam.

Lepas rebus, sejukkan dan bagi Datuk K makan dan hirup sup air ayam tu. Nanti baiklah dia. Last sekali doktor bagi Datuk K telan tiga biji ubat - senang je dia telan.

Semalam Kak Lira rebus daging ayam buat sup kosong dan bagi pada Datuk K. Dia tak mahu makan! Nak tau siapa yang habiskan? Datin Saerah, Manja dengan Ari yang menghabiskannya. Mujur mama dah bagi dia makan ubat yang doktor bagi semalam (RM30 harganya). Petang tadi nampak najisnya dah okey.

01 January 2008

DAHLAH BADAN BESAR, MEMANG TAK MUATLAH...!


Mama memang tak boleh nak marah kalau Datuk Karim buat hal. Kadang-kadang mama tak sampai hati nak marah Datuk K bila dia buat perangai yang bukan-bukan terutama bila suka menyepahkan bekas pasir tempat dia membuang.

Tengoklah gambar ni contoh satu lagi, selamba sahaja dia tidur dalam bekas hiasan yang mama khaskan untuk letak semua phone ataupun kunci-kunci penting rumah kami. Datuk K terus panjat meja kecil itu dan berbaring agak lamalah juga di dalam bekas itu.

Tiba-tiba ada telefon yang berdering-dering. Datuk K punyalah terperanjat dan dia terus terjaga daripada tidur. Tapi walaupun terperanjat dan terjaga, dia masih tak beralih, terus tidur semula dalam bekas anyam itu.