DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

12 January 2008

TOMPOK DAH JADI IBU...!



Tengahari tadi ketika Kak Long sibuk-sibuk bersiap hendak pergi kerja, si Tompok dok mengikut kaki Kak Long ke depan, ke belakang. Kak Long ke atas dia ikut. Kak Long turun pun dia ikut turun.

Mulutnya bising mengiau-ngiau. Kak Long dah agak, mesti Tompok dah nak beranak. Dia masukkan Tompok dalam kotak yang memang sudah disiapkan untuk Tompok beranak. Tompok masuk dan dok mengerang, macam sakit. Kuat suaranya, lamalah jugak dia macam tu. Kemudian dia keluar dari kotak tu. Lepas tu dia masuk balik. Tak tentu arah sahaja gayanya menahan sakit agaknya. Tidak lama kemudian kira-kira setengah jam nak masuk waktu sembahyang Jumaat, abah nampak anak Tompok dah mula keluar... ya dah keluar seekor!

Masa tu Amie baru turun dari bas sekolah Uncle Ajit dan dia menjerit germbira bila diberitahu Tompok dah beranak. Soalan pertama Amie: "Ada tak macam bulu arwah Belang?" Soalnya, tak sabar-sabar. Abah kata pergi tengok sendiri.

Anak kedua dan ketiga Tompok keluar dalam anggaran masa setengah jam selepas itu... lega! Memang ini hadiah / rezeki tahun baru Maal Hijrah dalam keluarga kami. Semgoa rezeki kami di tahun 2008 ini akan melimpah ruah, seisi keluarga sihat walafiat dan sukses selalu.

* Gambar-gambar Tompok dengan tiga ekor anak-anaknya nanti abah tolong upload kemudian ya...

6 Comments:

  • At January 15, 2008 at 11:22 AM , Anonymous Anonymous said...

    tahniah to tompok and her keluarga angkat... to the lil kittens, welcome to the world :) by the way, bila nak keluar cerita arwah belang?

     
  • At January 17, 2008 at 3:52 PM , Anonymous Anonymous said...

    Tahniah Tahniah Tahniah Tompok! Untuk kak sri sekeluarga juga...bertambah besar keluarga akak ya....mesti ciut2 kan anak2 Tompok...apa nama2 mereka kak?

     
  • At January 18, 2008 at 12:23 AM , Blogger Sri Diah said...

    Mama Arief:
    Alamak akak terlupalah pasal janji nak tulis cerita arwah Belang. Nanti ya akan akak masukkan dalam sehari dua ini.

     
  • At January 18, 2008 at 12:26 AM , Blogger Sri Diah said...

    Thanks Salmah;
    Setakat ini belum ada nama - jantina pun tak dapat nak tengok lagi. Emaknya dok marah kalau kita pegang anaknya. Sayang betul dia - memang mengandung dan beranak sulung...

    Kalau bagi nama Tan, Tin, Tun okey tak? Teringat pasal komik Gila-Gila tu.

     
  • At January 18, 2008 at 2:33 PM , Anonymous Anonymous said...

    cantik la nama2 tu kak! klasik tuu!

    uiish...garang juga Tompok ni eik..

     
  • At March 22, 2008 at 1:00 PM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Salmah;
    Nama mereka dah tukar - Debab, Belang dan Tompok Jr,

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home