MANJA OH MANJA...
Kesian Manja, badan dia yang paling banyak kutu. Jadi bila mandi, sesi untuk dia kena lama sikit, bagi shampoo kutu tu meresap masuk dalam bulu dia, kemudian barulah boleh dibilas.
Inilah jenis shampoo kutu yang digunakan untuk kesemua mereka. Shampoo kutu ini daripada jenis herba, agak mahal harganya - RM7.90. sebotol.
Boleh juga kalau nak mandikan di dalam bilik air sahaja. Tapi rasanya elok dimandikan di laman, biar mata dia orang lepas memandang ke luar, tidaklah takut sangat. Lagipun hari tu semua lapan ekor kena mandikan sekali gus. Kalau tak, nanti kutu dia orang menjangkit ke badan yang lain pulak.
Manja meronta-ronta bila dimandikan. Dia memang agresif. Mungkin juga sebab rasa pedih bila badan dia kena shampoo, bekas dia garu-garu sebab gatal digigit kutu. Biasanya bila lepas dimandikan, wah... bukan main menayang bulu dia orang. Masing-masing dok melaram kat tepi pintu, maklum badan wangi dan bulu pulak kembang-kembang ditiup angin!
3 Comments:
At June 28, 2008 at 6:27 AM , Anonymous said...
hi,,,boleh tau u bg fullname shampoo tu..mcm nak try jugaklah...actually 2 kitten aku tu tak pernah nampak kutu besar tp yg halus2 di seluruh badan...klu leh nak hilangkan semua tu...tak cantik lah....boleh tak? n u bg semua anak2 kesayangan u mkn jenis apa ye....sbb sejak i beli DLH memang dia da mkn IAMs. tp baru2 ni emak kucing tu mcm lemah semcm tak nak mkn....so i tukarkan mknan ke RC tp lg tak nak mkn...i bawa ke vet n doc ckp dia demam...tp sampai sekrg pun dia tak nak mkn....u ada idea tak??
At April 18, 2009 at 10:30 PM , Orbit said...
hahaha...
tak suka tengok kucing mandi...
buruk upanya...
menakutkan,
hahaha...
aperpom,
tetap ner wangi...
At December 5, 2009 at 1:34 PM , merpatiputeh said...
kat mane bley beli shampoo kucing tuh..?
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home