DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

24 December 2007

RATU HATI ABAH...


Memang patut mama cemburu pada Saerah. Dia tu, kalau abah berbaring sahaja, mulalah dia datang mengendeng... dia suka duduk-duduk meleser sebelah abah. Kadang-kadang dia sengaja tonjol-tonjolkan kepala dia kat dada abah... atau kalau abah suruh cium, dia cepat saja menyondolkan hidung dia ke pipi abah!

Saerah memang mengada... satu hari nanti mama mesti kurung Saerah. Duduklah dia kat sliding door tu siang malam. Baru padan muka dia...

5 Comments:

  • At December 28, 2007 at 9:15 PM , Blogger aniisma said...

    Salam

    Seronok melihat blog ini yang penuh dengan foto kucing dan nama-nama yang menarik. Lantas anak perempuan saya yang berumur 6 tahun bertanya "Zaza tak de ke"?

     
  • At December 31, 2007 at 9:11 PM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Salam utk Noraini;
    Anak perempuan tu bertanya mana Zaza? Tunggu... Keluarga Noraini minat memelihara kucing jugakah? Kalau minat bolehlah berkongsi pengalaman ;-)

     
  • At January 1, 2008 at 8:19 PM , Blogger aniisma said...

    Salam
    Saya mempunyai simpati yang tinggi kepada kucing. Bila ada yang mengiau minta makan, saya akan berusaha beri apa yang ada. Esoknya pagi-pagi lagi ada bunyi miau miau di luar pintu. Namun tidak sanggup membela kucing, mungkin alah dengan bau bahan buangannya. Suami pun tidak beminat. Namun, anak-anak kami sangat-sangat berminat. Anak kucing berempat ekor belakang rumah diberi nama. Tapi tidak sampai membawa masuk ke dalam rumah. Kadang-kadang ikan goreng di bawah tudung saji hilang. Kadang-kadang ayam goreng. Biskut, roti semua dibawa ke belakang rumah. Saya tidak kesah kalau anak-anak berminat dengan kucing, tapi tunggulah sampai mereka ada rumah sendiri...Tapi saya kagum dengan Pn. sekeluarga. Sangat menyayangi kucing hingga ada perasaan cemburu;-) Saerah memang nampak manja. Jangan bagi nama Sahara, bahaya! Nanti porak peranda hidup!

     
  • At March 17, 2008 at 12:46 PM , Anonymous Anonymous said...

    ahaha... lawak tgk gelagat saerah.. somi aku pun sama cemburu dgn Damak.. sebab Damak lebih manja dgn aku berbanding somi.. kalau aku dan somi tido, Damak mesti nak baring sebelah aku.. x pun trus 'melandingkan' dirinya ditgh2 antara aku san somi.. naluri kucing... siapa yang tau...

     
  • At March 22, 2008 at 1:03 PM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Laini;
    Saerah tu memang miang sikit - dia suka org lelaki. Jiran atau kawan-kawan lelaki yang datang mesti jadi tempat dia sendeng badan. Ish tak malu langsung... siap merengek. Malu lak tengok perangai dia.

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home