DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

20 January 2008

SEDAP KE AIR YANG MAMA BUAT TU ARI..?

Suatu petang di meja makan... si Ari telah mencuba minuman baru... teh O ais yang Mama buat. Manakala si Manja pada awalnya hanya melihat saja...

"Sedap ke Ari teh O ais tu... minta sikit." Mungkin itu yang cuba dibisikkan oleh si Manja setelah melihat Ari begitu bernafsu menyedut teh O ais yang memang ada di atas meja..

Sedap... kalau tidak tak kan aku sedut benda ni, siap ada limau lagi." Kata Ari. Kata Manja, "minta la sikit..."

Kerana sifat si adik, Ari mengalah dan memberi peluang kepada Manja pula merasa sedapnya teh O ais limau yang mama buat tu. Ah.. apa lagi Si Manja pun tak melepas peluanglah.

Bila Manja dah dapat, Si Ari hanya memandang menunggu giliran. Manja terus menyedut menikmati rasa sedap teh O ais limau yang Mama buatkan untuk Abah...

11 Comments:

  • At February 9, 2008 at 10:26 PM , Anonymous Anonymous said...

    "eh, cat boleh minum air pakai straw ke ibu?"...kagum sungguh Nurain dengan kebolehan 'anak2' akak ni. "ciutnya bu..." lepas tu dia rengek kat saya dgn ayahnya pi belikan pet. tak dapat cat...akhirnya...dua ekor ikan emas menjadi pilihan...tak boleh lah nak tayang kat 'anak2' akak nampaknya :)

    terimakasih kak. dapat juga saya berkongsi seronok dgn Nurain di alam siber..tak lah asyik kena layan games saja...hehehe

     
  • At March 10, 2008 at 11:16 AM , Anonymous Anonymous said...

    Seronok baca pasal kucing u.. Update la lagi pasal kucing2 ni.. tips2 nak jaga kucing ke..

     
  • At March 17, 2008 at 11:57 AM , Anonymous Anonymous said...

    bestnya dapat jumpa blog ni.. ;) aku minat kat kucing gak.. aku ada bela sekor kucing, nama dia Damak. dah setahun lebih umur dia. Cuma Damak ni penakut sikit.. kuar pun takut.. Sejak aku n somi amek dia kat rawang, Damak mmg penakut. Damak bulu dia putih semuanya, mata biru. bulu kembang2.. aku pun x tau apa jenis damak ni.. sayang sgt kat Damak, ye la.. dah 2 tahun aku kawen xde baby lagi.. Damak la penghibur hati... Rasa2 nak carik kucing betina, ada gak kawan Damak.. n teringin sgt nak tgk anak dari benih Damak.. :)

     
  • At March 22, 2008 at 12:50 PM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Salmah dan yang lain-lain, maafkan saya kerana dah lama tidak bagi updated yang baru. Banyak sungguh perkara yang nak diuruskan.

    Cat tu boleh minum dengan straw Nurain sayang... tapi make sure straw tu pendek sikit daripada yang Nurain nampak tu ya... tapi tak boleh bagi selalu, nanti mereka sakit perut. Apa cerita ikan-ikan emas Nurain tu ya?

     
  • At March 22, 2008 at 12:51 PM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Dear Masyitah;
    Dari mana ni... jika Masyitah adi Shah Alam, minggu ini ada show kucing di Anggerik Mall. Memang ada banyak tips yang boleh dikongsi bersama, nantilah pelan2 akak updated ya. Ada berapa ekor kucing di ruamh tu>?

     
  • At March 22, 2008 at 12:56 PM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Salam Laini;
    Terima kasih sudi ke sini dan tinggalkan komen. Ambik Damak di Rawang? Akak ada rumah di Bukit Beruntung tapi di sana tiadalah kucing. Dekat aje kan Rawang dgn Bukit Beruntung.

    Kalau umur Damak setahun, usia tu lebih kurang Manja, Es dan adik beadik yg lain tu.

    Tapi kalau hamil nanti Laini kena jauhkan diri drp Damak. Kucing kurang elok untuk ibu hamil tau. Nak kucing betina yang gebu untuk jadi g/f Damak? Kawan akak ada banyak - memang dia dah tak larat bela. Nak?

     
  • At March 24, 2008 at 4:42 PM , Anonymous Anonymous said...

    nak nak... nak sgt.. kat mana boleh ambil..?

     
  • At March 26, 2008 at 4:07 PM , Anonymous Anonymous said...

    akak... aku nak kucing betina tuh.. email aku luvlaini@yahoo.com....

     
  • At July 20, 2009 at 4:45 PM , Blogger puding roti said...

    comeynya

     
  • At July 27, 2011 at 3:39 PM , Blogger cik dompot said...

    seronok nye tgk kucing2 akak nie... Kucing nie mcm budak kecik. comel, manja n memang pandai curi perhatian. Teringin nak adopt jugak tp wt masa nie x termampu lg. takut x dapat bg dia penjagaan t'baik. so tumpang tgk kucing2 akak je la... boleh? hehehe

     
  • At September 22, 2011 at 12:09 AM , Blogger About Anything said...

    foooowooo..banyak nyew kucing...ade bape kak??sy pun fnatik kucing gak,sya baru ada 18 ekor 4ekor baru lahir hehehehe...kcing ni sume comey hehehe

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home