DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

17 September 2008

BUNGA CINTA ISKANDAR


- Inilah sepasu bunga ros yang diletakkan di atas batu tempat Iskandar selalu bertenggek kalau kami lepaskan mereka semua di laman.

KAMI ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke site ini. Sama ada yang memberi komen atau tidak memberi komen, kami tetap menghargainya.

Namun paling dihargai saya tujukan kepada mereka yang telah memberikan kata-kata semangat kepada kami sekeluarga walaupun insidien ni dah hampir tiga bulan berlalu.

Di samping itu kami juga menerima banyak pertanyaan mengenai cara kematian Iskandar. Sebenarnya kami pun tak tahu menahu tentang kematian senyap ini - silent kill. Mengikut laman web yang kami cari di laman pakcik Google, di SPCA di Jalan Ampang pada malam sebelum keputusan itu diambil, kematian cara itu dipanggil - direhatkan secara aman tenteram).

Antaranya mereka bertanya mengenai Silent Kill yang telah dilalui oleh Iskandar:

SOALAN:
- Tidakkan suntikan itu menyakitkan Isk?
- Bagaimana cara matinya - menggelupur atau mengerang?
- Berapa lama masa diambil untuk nyawa Iskandar habis sepenuhnya?
- Berapa bayarannya?
- Di klinik mana kami bersetuju dengan keputusan itu?
- Sejauh mana emosi anak-anak terganggu dengan kematian Iskandar?

JAWAPANNYA:
- Menurut Doktor Noh suntikan itu tidak menyakitkan. Ia seperti bius yang disuntik kepada mereka yang akan menjalani pembedahan. (Tak sakit, sebab bab bius tu mama kata dia pernah lalui masa pembedahan melahirkan ketiga-tiga anak mama dulu). Okey kami setuju.
- Cara matinya tidak menggelupur. Senyap sahaja seperti tidur.
- Lama masa yang diambil tidak sampai lima minit.
- Bayaran RM100. Seingat mamalah... dah tak berapa ingat.
- Lokasi klinik itu di Klinik Veterinar, Seksyen 13, Shah Alam. Berhampiran Stadium Shah Alam.
- Bab emosi ini alhamdulillah anak-anak tidak terganggu. Mereka sudah besar dan faham. Tapi mama dan abah banyak membantu dengan menerangkan baik buruknya jika keputusan silent kill tidak diambil. Lagipun tanpa Iskandar kami masih ada yang lain-lain. Nak yang gebu ada Datin Saerah atau Datuk Karim. Nak yang bulu nipis ada si Debab, Tompok dan Belang.

Tetapi walaupun Iskandar sudah tiada, namanya kerap kami sebut-sebut semula. Contohnya kalau Ari dan Kiki ligat berkejaran, Amie akan kata, "Woi... jangan ganaslah. Nanti terhantuk, jatuh meja, patah tulang belakang macam Iskandar!" Ataupun Kak Long akan kata, "bunga Iskandar tu dah layu... hari ni Kak Lira tak siram bunga ke?"

Demikianlah adanya untuk entri kali ini. Jumpa lagi.


- Ros merah ini makin biak berkembangan. Tak pernah tiada bunga, wangi pula tu... letaknya betul-betul di pintu masuk, sebelah kanan laman.

11 Comments:

  • At September 17, 2008 at 12:07 PM , Blogger PUTUBAMBU said...

    Iskandar...namamu tetap di hati..ye?!

     
  • At September 18, 2008 at 12:02 PM , Anonymous Anonymous said...

    Iskandar memang seperti Comot saya. Tapi, warna matanya oren.

     
  • At September 18, 2008 at 11:15 PM , Blogger Lily Abdullah said...

    Coco saya juga sedang sakit. Saya tak perasan tentang masalah jankitan kutunya. Semoga Iskandar aman bersemadi.

    Saya tahu rasa yang cukup tersiksa melihat yang disayangi sakit walaupun seekor kucing.

    Semoga yang lain-lain sihat ya.

     
  • At September 20, 2008 at 2:36 PM , Blogger chomby said...

    akak,,,molly nak tanya,,,akak beli ke kucing2 ni,,rm brape?molly tgh2 servey gak kucing parsi ni,,tp harga nya mahal,,,ada molly g tanya umh org bela kucing parsi,,mintak beli,,langsung tak mahu jual,,umhnya ada dalm 40 ekor kucing,,nak beli kat kedai tak termampu lagi,,anak molly nak sgt kucing ni,,,huhu,,ada p ambik kat pasar,,tp bela dalm seminggu,,mati,,tak tau pasal apa..g klinik pun doktor tak tau,,bg ubat cacing,,tak menjadi,,berak2,,tak makan terus mati..sedih lah sangat,,rasa takut plak nak bela kucing kalau takde ibu,,huhu,,sedih kalau dia mati,,,,
    akak,,,iskandar namamu tetap dihati mama,,,,kan mama?//

     
  • At September 21, 2008 at 11:57 AM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Putubambu; Memang masa menulis tu agak emosi sikit. Iskandar jenis baik, perangainya terbaik antara yang banyak2 tu.

    Massa; Oh sure Comot cantik dengan mata oren... baru emel gambar Comot?

    Water Lily; Masalah kutu pada kucing memang merbahaya. Kata doktor kalau kutu itu tidak dikawal akan menyerang hati kucing - akan dapat sakit kuning, bila dah sakit kuning, akan merebak pada hatinya pula.

    Cepat bawa ke doktor, harga syampu kutu sebotol RM26.00 lebih kurang. Beli jenis Neem - jenis herba.

    Nanti akak buat entry pasal mandikan kucing berkutu ya...


    Molly;
    Akak tak beli walaupun seekor. Asalnya kawan yang bagi Dusty (dah kasi) Datin Saerah dan Datuk Karim (kedua ni masa tu belum kasi). Daripada mereka berdua dapat yang lain. Kemudian dah cukup ramai, akak kasi Datuk Karim dan Datin Saerah. Street cats (keluarg tompok) tu anak akak bawa balik dari sekolah.

    Boleh kutip yg kecik dari jalanan tapi kena belikan susu utk kucing. Picit ke mulutnya.

    Memang sayang nak bagi kucing yg dah dibela. Susah nak berpisah dengan mereka.

     
  • At September 22, 2008 at 5:57 PM , Blogger FareeNi said...

    salam..

    kak sri dan family apa khabar? hrap sihat² selalu dalam menjalani ibadah puasa ni... semoga bunga itu terus berkembang sepertimana perasaan kak sri dan family yang x pernah luntur untuk mengingatinya..

     
  • At October 5, 2008 at 9:32 AM , Blogger Najib Ariyan Ali Basha said...

    Bersempena dengan Aidil Fitri tahun 2008 ini, Abang Bear mintak maaf atas segala keterlanjuran.....kita melangkah meninggalkan ramadhan yg barakah dgn berat hatinya di samping gembira menyambut tibanya syawal yg mulia.... semoga persahabatan kekal dan sentiasa dalam redha Allah.....

    Ketupat diletak di atas para
    Rendang diletak di bawah titi
    Andai ada tersilap bahasa
    Maaf dipinta menyusun jari

    Adat jauh kata mengata
    Adat dekat puji memuji
    Andai ada tersilap kata
    Maaf dipinta sepuluh jari

    Sungai disusur sepanjang sehari
    Dalam gelap menangkap ikan
    Kami menyusun sepuluh jari
    Salah dan silap harap maafkan

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf zahir dan batin dari Abang Bear

    wassalam

     
  • At October 13, 2008 at 8:52 PM , Anonymous Anonymous said...

    salam,,mama,,selamat hari raya maaf zahir batin,,mak oi,,panjangye bercerita ,mama,,,hehe,,,semoga akak terus ceria,,,pada abg bear ni,,,byknya pantun,,huhu,,,

     
  • At October 17, 2008 at 11:12 PM , Anonymous Anonymous said...

    tak update lagi ke?

     
  • At August 2, 2009 at 2:38 AM , Blogger Papa meow said...

    Salam, Maaf, tengah cari cerita kucing, terjumpa blog ni. Rasanya kalau tanam dia kat tempat letak bunga tu lagi terasa dekat dihati...kalau belai2 dan cium bunga tu terasa macam belai dan cium dia pulak... apa pun memang sedih campur rindu kalau teringat2 kat dia kan... harap yang lain ok

     
  • At May 5, 2010 at 4:03 PM , Anonymous Anonymous said...

    waaaa sedih nye baca kisah iskandar.... yang pasti mengalir air mata....

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home