DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

10 September 2008

ISKANDAR SUDAH TIADA...


Hari-hari bersama Iskandar kini jadi kenangan...

MEMANG sedih... sejak kematian Iskandar pada 25 Mei 2008 lalu, kami seperti merajuk dengan blog ini. Apalagi mama... sebabnya selain Dusty, Iskandar adalah kesayangan mama. Ah... kenangan hari-hari terakhir Iskandar bersama kami memang sukar untuk dilupakan.

Kenapa Iskandar mati? Puncanya ialah kerana slip disc. Hasil x ray di klinik menunjukkan tulang belakangnya berganjak 1 cm daripada rangkaian tulang belakang, berhampiran tengkuk. Puas memikirkan... apakah puncanya? Iskanda baik. Dia tidak seperti Manja yang ligat melompat ke sana sini. Iskandar tidak aktif... jika tidak bermain-main dengan adik beradik lain, dia suka tidur di bawah pintu dapur, berhampiran peti sejuk. Jadi macamana boleh berlaku? Entahlah.


Iskandar ketika sakit, terbaring atas meja komputer abah.

Mulanya Iskandar tidak boleh berjalan. Kedua-dua belah kaki hadapan kanan dan kaki belakang kanannya tidak boleh berdiri. Jadi dia banyak berbaring merekot di bahagian belah kiri. Dua hari dia begitu, mama membawanya ke klinik di Seksyen 13. Dia kena bermalam di klinik dan berpuasa sebab esoknya doktor hendak melakukan x ray dan ambil ujian darah. Petangnya apabila kami pergi melawatnya di klinik, dia mengesot-esot hendak mendapatkan kami... saat itu air mata mama dah mula menitik... muka abah pun dah mula sedih.

Doktor explain... Iskandar memang kena terapi yang heavy, kalau boleh kena urut, gerakkan kaki belakang dan kaki depan kanan itu sekerapnya. Doktor kata harapan untuk pulih sepenuhnya memang sukar, tapi kata doktor takdir Allah mana tahu... Doktor benar bawa balik dengan bekalan ubat untuk sebulan. Hampir lima jenis ubat pil. Kosnya lebih kurang RM250.00.


Amie mendukung Iskandar ketika visit kali kedua di klinik.

Setiap hari selama seminggu mama menyuapkan dia makan terlebih dahulu sebelum mama pergi kerja, tolong atur kencing beraknya - dudukkan dia di tempat pasirnya dan dia membuang. Tapi tak banyak, dia sembelit pula. Sekali lagi ke klinik dan doktor bagi ubat sembelit, masuk dalam duburnya. Legalah untuk dua hari. Namun tiga hari selepas itu dia langsung tak membuang dan mama sudah mengesan ada bonggol sebesar bola ping pong dalam perut Iskandar apabila mengusap-usapnya sambil tengok televisyen. Oh.... apa pula tu?

Kami bawanya ke doktor lagi dan akhirnya saat pedih itu tiba apabila doktor kata buah pinggangnya sudah tidak berfungsi lagi. Buah pinggang itu sudah membengkak diserang bakteria (sebab dia dah lama tak membuang - segala makanan dah jadi kuman, menyerang fungsi tubuhnya). Kenapa dia tak boleh membuang? Sebab sakit tulang belakang itu membatasnya untuk meneran... Dan doktor kata Iskandar sudah tidak boleh diselamatkan lagi...

Kami minta izin bawa pulang untuk decide anak beranak malam itu juga... mama ambil jalan singkat, mama tak mahu Iskandar terus menderita. Walaupun dia boleh dipegang, dikelek ke mana-mana dalam rumah, atau ligat tangan kirinya bila diajak bermain dengan hujung tangan kita, tapi kita tahu dia menderita dalaman... bengkak besar bola ping pong itu semakin besar. So keputusan berat terpaksa kami ambil... Tapi abah masih berat hati, dia nak terus bela Iskandar walaupun dah sah Iskandar tak boleh berdiri lagi... Anas pun sama, tak setuju dengan mama.

Tengah malam itu, abah dan yang lain pun setuju cadangan mama. Esoknya mama suruh Kak Long bawa Iskandar ke klink dan terus setuju dengan cadangan doktor - silent kill. Mama tak sanggup tengok... Kata Kak Long, Iskandar macam pasrah saja. Doktor inject di kaki bahagian kiri hadapan dan tak sampai lima minit Iskandar sudah tiada....

Balik dari klinik, Kak Long dan Amie terus kebumikan dia di tepi lebuh raya berdekatan rumah kami - Lebih Raya Shah Alam - Klang. Pukul 2 petang, 25 Mei 2008. Sekarang ini, di tempat Iskandar suka bertenggek kalau kami lepaskan anak-anak angkat kami di garden, mama letak sepasu bunga ros warna merah sebagai tanda ingatan terhadap Iskandar... tiap kali menyiram atau membaja bunga tu, kami teringatkan Iskandar yang telah tiada...


Lihatlah wajah ceria Iskandar ketika dia sihat - bola matanya jernih.

30 Comments:

  • At September 11, 2008 at 11:45 AM , Anonymous Anonymous said...

    alamak... sedih sgt2. sebak smp tk tau nk kata apa. sian sgt iskandar..............yg lain jgn sakit tau!

     
  • At September 11, 2008 at 3:57 PM , Blogger FareeNi said...

    ya Allah.. sedihnya hati ini Tuhan je yang tahu. patutlah akak lama x update blog.. rupanya is dah xde. kalau biasanya, bila aku baca blog ni, aku tersenyum sendiri. tapi hari ni bergenang air mata membacanya. is akan menunggu akak dan family di 'sana' nanti..

     
  • At September 11, 2008 at 6:28 PM , Blogger Shah said...

    Sedih betul membaca kisah ni. Walaupun dah berbulan2 tapi kesan bila anak-anak kecil ni meninggalkan kita tetap selalu menyedihkan especially bila terkenang balik masa dia masih ada. Stay strong...

     
  • At September 11, 2008 at 8:14 PM , Blogger nordee said...

    meleleh air mata saya baca cerita akak ni..memang sedih ..sebab kucing adalah penenang yang sangat baik untuk manusia..bila dah tak de tu jadi ingatan yg sangat melukakan..tak pelah kak..redha jelah..

     
  • At September 11, 2008 at 10:01 PM , Anonymous Anonymous said...

    maaf kak sri...d cuma tgk gambar asalnya.. xbaca cerita... d suke tgk gambar kucing2 kak sri.. maaf...d pun tumpang simpati...ni baru je habis baca kisah hidup iskandar...tentang sakit dia...mmg sedih, d xtau nak ckp ape dah... sorry again..

     
  • At September 12, 2008 at 8:03 AM , Blogger PUTUBAMBU said...

    ish..sedihnya..
    tak tahan baca..

    walaupun binatang saja, kehilangannya mmg amat terasa sekali..

    stay strong ye adik2 sekalian..!

     
  • At September 12, 2008 at 10:01 AM , Blogger Nurul said...

    sian iskandar...huhuhu..lama menanti blog nih diupdate, masuk2 jer kuar citer sedih..teringat masa zaman2 kehilangan kucing dulu..nak2 yg depan mata..sabar yer kak sri sekeluarga...

     
  • At September 12, 2008 at 10:26 AM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Yat; Memang sedih... anak-anak baca entry ini pun menangis lagi dan lagi...

    Laini; Ya, dah lama tak updated blog... bila nak taip je teringat Iskandar, terpandang gambarnya kat side bar... jadi haru... thanks atas ucapan.

    Shah: Thanks atas kunjungan. Kadang-kadang melihat mata anak2 kecil ni kita jadi sayu. Mereka cerdik, faham apa kita kata cumanya mereka tak boleh menjawab. Bila kita bercakap dengannya mereka terkelip-kelip tengok kita.

     
  • At September 12, 2008 at 10:28 AM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Nordee; Perasaan kasihkan kucing memang akan membuatkan sesiapa sahaja akan cepat menitiskan air mata... thank you... Memang payah nak lupakan Iskandar. Masih terpandang2 dia menoleh dan mengesot menuju kepada kita bila terdengar namanya dipanggil; Iskandar.... Iskandar... mari kat mama...

     
  • At September 12, 2008 at 10:30 AM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Didi; Its okey... kadang-kadang dlm serius bekerja, kita kena juga kesampingkan interest. Memang release tension dengan kucing-kucing ni.

    Putubambu; Mereka juga makhluk Allah dan wajar disayangi. Selalu cakap dengan dia orng... ish Dusty ni... silap tak boleh cakap je...

     
  • At September 12, 2008 at 10:32 AM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Nurul: Huwaaa... itu yang dah lama tak updated, asyik teringatkan Iskandar. Memang tak sanggup tengok doktor inject dia, kak long memang jenis brutal - kuat semangat.

     
  • At September 12, 2008 at 11:11 AM , Blogger Najib Ariyan Ali Basha said...

    Ahhh tetiba teringat Angki, Pippin dan Kris... semua mati tragis.. paling sedih Angki.. berminggu jugak kami meratapi pemergian dia.. phobia nak bela kucing... kemudian Pippin pulak... aduiii... tak tahan lah..

    Abg Bear dapat rasa kesedihan Datin...

     
  • At September 12, 2008 at 12:08 PM , Blogger Lily Abdullah said...

    Oh, sedih sungguh. Saya dulu ada juga bela kucing yang sakit. Sedih sungguh, mengingati hari-hari terakhirnya.

     
  • At September 12, 2008 at 12:17 PM , Blogger FareeNi said...

    sabar la kak.. tgk gambar es kat sidebar.. sedih je rasa.. datuk k, datin saerah dan lain² kan masih ada.. semalam balik dari kerja, aku terus peluk damak dan comot.. kepergiaan es terasa sgt. macam aku penah jumpa je ngan es.

     
  • At September 17, 2008 at 11:37 AM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Abang Bear;
    Angki, Pippin dan Kris kami anggap macam adik beradik kami jugak... Tak dapat bayangkan kalau kamatian tragis - accident contohnya. Ish...

     
  • At September 17, 2008 at 11:37 AM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Dear Water Lily;
    Apa khabar si Coco... masih merayap mencari pasangannya ke?

     
  • At September 17, 2008 at 11:38 AM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    LaiNi;
    Ya, mujur masih ada yang lain. Hehehe, kelakarlah bila LaiNi balik dari kerja, terus peluk Damak dan Comot...tak sempat LaiNI jumpa dengan Iskandar...

     
  • At October 11, 2008 at 9:18 AM , Blogger rudy bluehikari said...

    oh so sad this story... kak sri abadikanlah kisah is dalam novel.plz.

     
  • At November 30, 2008 at 12:30 AM , Blogger molliesa said...

    sedihnye..:'(

     
  • At January 12, 2009 at 4:42 PM , Anonymous Anonymous said...

    hiba bila sy baca entry ni. tak ingin rasanya sy berpisah dgn budak 8 ekor yg kat rumah tu.

     
  • At March 20, 2009 at 6:24 PM , Anonymous Anonymous said...

    Kak, sedihnya hati, mengalir air mata saya. Satu keputusan yang sukar dan sangat pedih tapi apakan daya.. kalau eskandar jatuh sakit lagi teruk nanti.. be strong ok!

     
  • At April 29, 2009 at 6:35 PM , Blogger Johana S. said...

    salam.. sy baru aja jumpa blog ni. sy mmg minat kucing. selalu la update ye.

    saya pun dulu ade seekor kucg saya. dia sakit kaki. mungkin kena patuk dengan binatang berbisa, mulanya tak ada apa sangat jadi kami cuma sapu ubat2 biasa saja. tp lama2 makin teruk dan bernanah smpi busuk,kami pun bawa ke klinik.

    doc ckp kena potong kakinya.. lalu di ptong nya lah.. mula2 elok tapi seminggu kemudian jangkitan makin teruk. akhirnya doc ckp elok di "tidur" kan shj.

    sebak sampai sekarang tak hilang dan saya tak boleh tgk gambar dia. Meleleh air mata teringat manjanya kucing saya tu. peneman hidup di rumah.

    bwk bersabar la ye kak.

     
  • At June 4, 2009 at 4:12 PM , Blogger Unknown said...

    saye dulu pun ade kucing namenye si tompok saye suka sangat kat dia sebab dia manja tapi dia dah tak de. dia mati sebab dia demam teruk die mati jam 1:30 pagi,waktu tu saye sedang tido, esok pula bangun dia dah tak de. saya rindu sangat kat die.sampai sekarang saye macam nak nangis apabila mengingati wajahnnya.


    ;

     
  • At August 2, 2009 at 2:25 AM , Blogger Papa meow said...

    Saya faham, memang sedih, tapi dah sampai masa dia... tang ayat>>> dia mengesot-esot hendak mendapatkan kami... tu yang x tahan baca tu

     
  • At December 2, 2009 at 8:01 PM , Anonymous amal said...

    assalamualaikum...sy bru je jumpe blog nie coz sy jgk peminat kucing...sedih sy bce story psl iskandar nie...saye pn ade kucing jugak yg cara kematiannye serupa...waktu sye balik dri kampung koko x blh nak berak...pastu ble sye rase kat perut dye ade bonggol...dye sembelit...pastu kitorg kasi ubat sembelit...tp bende lain plak yang jd...air kencing kuar x berenti...esknye bwk p klinik...doc ckp dye kne batu karang...nsib bek air kencing kuar...klu x mmg dah lme dye mati...kitorg pn wat la operation tuk koko...tp Allah lg sygkn dye...mak ckp maybe dye x nk sshkn kite...coz klu dye kne hidup kne makan ubat ngn makanan khas tuk buah pinggang...sume tu perlukan duit...

     
  • At July 29, 2010 at 5:47 PM , Blogger shida said...

    sedih sgt... ='(

     
  • At July 29, 2010 at 5:47 PM , Blogger shida said...

    This comment has been removed by the author.

     
  • At December 21, 2010 at 10:10 AM , Blogger lady_mimi said...

    keciannya... sad story.... smpai mnitis air mata... tgk muka iskandar pon da sebak....

     
  • At July 27, 2011 at 3:53 PM , Blogger cik dompot said...

    Meleleh air mata bila baca kisah iskandar nie... Sy phm mcm mana rasa nya kehilangan kucing yg amt kita syg. sy pn penah lalui. seminggu x lalu mkn lepas kucing sy Mickey mati tiba2.. Bezanya akak ade kucing lain sdg kan sy cuma ada Mickey je...

     
  • At January 13, 2012 at 4:37 PM , Anonymous Anonymous said...

    Salam..
    saya baru start baca blok akak. walaupun baru je sebulan mula nak belajar bela kucing, tapi saya boleh rasa perasaan yg akak rasa. meleleh airmata saya baca entry ni. semoga Allah beri pahala yg sebanyaknya pada akak & keluarga kerana menjaga & menyayanginya..

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home