DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

22 March 2008

ANAK-ANAK TOMPOK KE KLINIK

Nampaknya ahli keluarga semakin bertambah. Anak-anak Tompok yang bertiga itupun kena mendapat rawatan yang serupa seperti kucing=kucing lain.

Antaranya inject untuk imunisasi, bersihkan tahi mata, korek tahi telinga dan hidung. Tidak pula bising, senyap saja bila doktor membelek tubuh badan mereka. Jantina mereka pun dah jelas - dua jantan, satu betina.


Doktor Intan di klinik vaterinar Seksyen 13 sedang membelek kutu Debab.


Korek juga telinga dan hidung...


Ubat kutu yang jenis spray untuk anak-anak kucing - tidak berapa kuat dosnya.

Umur mereka bertiga ketika ini lingkungan dua minggu. Masa masih belum bercerai susu inilah yang kena dijaga sangat. Waktu inilah yang perlukan perhatian lebih kerana imunisasi badan mereka belum begitu kuat - mudah selesema dan mata berair. Mujurlah tidak ada gangguan pemmbuangan najis, teratur saja macam diajar-ajar; membuang sendiri dalam bekas pasirnya.

2 Comments:

  • At March 24, 2008 at 4:44 PM , Anonymous Anonymous said...

    wah.. ni 1st time la gi klinik anak2 tompok ni.. hehe.. nak tanye.. semua ni anak2 tompok ngan arwah belang ke atau ngan datuk karim? comel2 semuanya...

     
  • At April 13, 2008 at 10:40 PM , Blogger Sri Diah said...

    Laini;
    Ini anak2 Tompok dengan Jantan - anak kucing jiran. Datuk Karim tak mahu ngam dengan Tompok, dia memilih kot... nak betina bulu kembang jugak.

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home