DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

23 October 2008

INILAH CIK MILLA - SETELAH KETIADAAN ISKANDAR




MEMPERKENALKAN seorang ahli baru dalam keluarga kami. Sebenarnya kucing ini pemberian owner kepada Datin Saerah, Datuk Karim dan Dusty. Setelah memeliharanya hampir enam bulan, beliau ambil keputusan menyerahkan CikMilla kepada kami. Waktu itu mereka suami isteri akan berangkat ke Tanah Suci dan bimbang jika Cik Milla tidak serasi diberikan kepada orang lain.

Kami menerima kehadiran Cik Milla dengan tangan terbuka. Sampai sahaja ke tangan kami pemeriksaan rutin terus dijalankan iaitu membawanya ke klinik dan membereskan segala cucuk imunisasi, beri ubat cacing, ubat kutu, membersihkan tahi telinga dan segala sepatutnya. Maklumlah hendak jadi ahli keluarga kami - bimbang Cik Milla membawa jangkitan kepada anak-anak kucing yang sedia ada di rumah ini.

Cik Milla pun sudah dikasi. Sekarang ni makin gebulah dia... melaram saja kerjanya.

Cik Milla ini baik sangat. Manja dan pandai menjawab apabila kita memberi respon kepadanya. Apabila bercakap dengannya, dia mesti menjawab... meoww... suaranya halus saja.. Paling kelakar, kucing ni jenis makan nasi putih dengan lauk ikan goreng. Fuyooo, dah jadi `minah salleh' celup pulak. Mujur bulunya tidak jenis gugur.

Selain Cik Milla, kami juga mendapat ahli baru, namanya Cik Bella.
Nantilah lain kali bercerita pasal kucing unik ni - batang hidungnya kelakar!

11 Comments:

  • At October 24, 2008 at 8:22 AM , Blogger FareeNi said...

    wah.. comelnya... nasib baik aku fikir pasal jauhnya nak bawak balik sabah kucing² ni.. kalau x.. 10 ekor pun aku sanggup bela.. cik milla dan cik bella ni masuk berapa bulan kak sri? comel sgt².. bertambah² la ahli keluarga kak sri..

     
  • At October 24, 2008 at 11:53 AM , Blogger PUTUBAMBU said...

    comel tu mmg le comel..tapi Cik Mila ni nampaknya garang sikit lah..

     
  • At October 29, 2008 at 1:21 PM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Luvlaini & Putubambu;
    Cik Milla ni memang comel, nampak macam garang bak kata Putubambu, tapi dia teramatlah sopannya. Kalau kita bentang carpet, dia tak mahu jalan atas carpet, dia sanggup lalu tepi carpet.

    Kami suka Cik Milla ni sebab walaupun dia kembang dan gebu, tapi rupanya macam kucing siam - tu kelainannya berbanding anak2 Datin Saerah.

     
  • At October 31, 2008 at 8:30 AM , Blogger Nurul said...

    alahai..dah bertambah ahli kuarga kak sri..bestnyer..ewah ewah..bijak sungguh cikmila yer..sungguh sopan santun..ala2 gadis melayu sejati..ehehe

     
  • At November 28, 2008 at 6:16 PM , Anonymous Anonymous said...

    assalammualikum..semasa sedang berjalan-jalan mencari blog menarik untuk dibaca @ dilayari, saya bertemu dengan blog ni..terima kasih kerana saya seronok membaca tentang telatah2 kucing ni dan gambar2 mereka yang comel. tak sabar rasanya nak tunggu cerita2 terbaru..:)

     
  • At November 30, 2008 at 12:41 PM , Blogger DUNIA KUCING KAMI said...

    Nurul;
    Walaupun kami gembira dengan kehadiran anak-anak comel ini tapi tak dinafikan kekadang problem juga, terutama yang membabitkan aktiviti di luar rumah - payah nak tinggalkan rumah, terutama yang overnight... kos nak tinggal kat dia orang kat hotel mahal jugak. RM10 seekor untuk satu malam.

    Anon;
    Semoga terhibur di sini. Ini semata-mata untuk lepaskan tension saja. Budak-budak di rumah ini dah macam anak-anak sendiri... turun saja kereta, cari mereka dulu ;-)

     
  • At December 3, 2008 at 10:40 AM , Blogger molliesa said...

    salam akak..hehe..budak2 tu da semakin membesar (tapi still sakit mata)..nakal sangat2..kadang2 boleh samapi berjam2 hanya tgk mereka tidur..tq sudi lawat blog kite!

     
  • At December 10, 2008 at 11:43 AM , Anonymous Anonymous said...

    milaa nih sejibik kucen sy kat umah.. cume kucen sy kaler coklat die gelap sket..(sbb sker main panas kot) heheheh...
    tp bile bukak je blog nih n terpandang cik milah ni.. adek2 sy sume ckp "eee.. tipah" (name kucen sy cik tipah.. heheh)nway.. nice blog..

     
  • At April 4, 2009 at 4:38 PM , Anonymous Anonymous said...

    ini lah namanya orang yang tak tahu hukum hakam agama.kononnya sebagai muslim moden, sampai hukum Allah nak dimodenkan.siapa yang ajar kamu nama kucing letak nama manusia.dah tu nama orang islam pulak tu.melayu oh melayu moden konon...

     
  • At August 12, 2009 at 4:35 PM , Blogger Dr.Psycheupp said...

    wahhhhhhhh comelnyeeeeeee....

    komen kat bawah tu memarah apasal.... bukakla minda sikit

     
  • At September 12, 2009 at 7:44 PM , Anonymous unknown said...

    anon yg ke2 2 yg nk memarah apesal?? name ni bkn sekadar name tp sbg doa jugak.. even nabi sendiri pon muliakan kucing.. ape beza dgn org melayu islam sendiri yg name punyela bagus plus ade akal lg tp peragai mengalahkan binatang yg ntah ape2...

    to owner blog ni sory off topic..
    anyway kucing2 2 mmg comel...kat umah saye ad kucing tp sekor je n now trying to convince my parents to get another 1...huhu

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home