DUNIA KUCING-KUCING KAMI

Laman web ini dicipta untuk menyatakan rasa sayang kami terhadap adik-adik `baru' dalam rumah kami...

24 December 2007

RATU HATI ABAH...


Memang patut mama cemburu pada Saerah. Dia tu, kalau abah berbaring sahaja, mulalah dia datang mengendeng... dia suka duduk-duduk meleser sebelah abah. Kadang-kadang dia sengaja tonjol-tonjolkan kepala dia kat dada abah... atau kalau abah suruh cium, dia cepat saja menyondolkan hidung dia ke pipi abah!

Saerah memang mengada... satu hari nanti mama mesti kurung Saerah. Duduklah dia kat sliding door tu siang malam. Baru padan muka dia...

16 December 2007

SI MAMAT, BUNGA & KUCING


Kami tergelak tengok gambar Anas ni. Dia dahlah kontrol macho, lepas itu dipaksa pegang kucing (Manja), dekat dengan bunga orkid mama pulak tu... Anas tak kisah. Sebabnya dia pun sayangkan anak-anak Datin Saerah, cuma tak tunjuk terang-terangan saja. Kadang-kadang sesakali nampak jugak dia cium-cium si Kiki, Ari, Anja ataupun Es. Cayalah Anas...!
Nak tanya... berani tak cium Datin Saerah, Dusty dengan Datuk Karim?

12 December 2007

AKSI TERLAMPAU

Ish.... kucing-kucing berlapan ni memang tak tahu malu. Kata mama dia orang ni memang selalu kantoi masa tidur. Main belasah saja nak menonggeng ke, nak mengangkang ke... kadang-kadang sampai berjam-jam dok terbaring dengan mengangkang.

Yang ni gambar si Manja tengah lena tidur.



Sungguh tak sopan Datuk K tidur terkangkang.



Tengok pula ni, Es pun sama suka tayang alat sulit...



Ini gaya terlampau Dusty pulak...

09 December 2007

DATIN SAERAH KESEPIAN


Tengok tu bukan mainlah caringnya Datin Saerah pada si bongsu, Anas Suhaimi. Sejak hari pertama Amie bersunat iaitu pada 27 Nov 2007 yang lalu, Saerah sudah mula duduk di sisi Amie... doklah dia terbaring di atas tilam yang sama. Kadang-kadang sampai berkongsi bantal yang sama... Tapi kami faham kenapa Saerah macam hot saja akhir-akhir ini terutama bab `kasi'atau sunat ni. Sejak Datuk Karim dengan Dusty kena `kasi' Datin Saerah selalu saja naik angin. Habis anak-anak dia kena marah. Oh... kami bersimpati denganmu Datin Saerah...

01 December 2007

BONTOT SIAPA YANG PALING BESAR?

Suatu petang bila Mama balik dari kerja, Mama tertanya-tanya kenapa Dusty dengan Datuk Karim tidak tunggu Mama di pintu depan seperti biasa. Puas Mama panggil nama Dusty dengan Datuk K tapi senyap saja.

Mama terus masuk dan pergi ke dapur. Amboi... patutlah mereka tak sambut mama balik. Rupanya tiga-tiga ekor kucing warna gelap ini tengah dok menebeng kat pintu belakang. Tunggu masa nak lepak-lepak kat balkoni belakang rupanya...



Cuba bezakan yang mana satu bontot Eskandar, yang mana bontot Dusty dan yang mana bontot Datuk Karim?